ZoneEP

Tentang Parkour

Parkour (kadang-kadang disingkatkan kepada PK) atau l’art du déplacement (Melayu: seni pergerakan badan) yang merupakan aktiviti yang asalnya dari orang Perancis bertujuan mengerakkan badan dari satu tempat A kepada tempat B dengan se-cepat dan se-pantas mungkin, dengan menggunakan kebolehan badan manusia. Ia dilakukan dalam membantu sesorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, dimana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitaran — dari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar. Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceurs dan untuk perempuan pula dikenali sebagai traceuses.

David Belle merupakan orang yang mula-mula menemui seni fizikal ini, parkour menumpukan perhatian kepada melatihkan pegerakan pantas untuk bina badan dan minda individu agar boleh untuk menghadapi halangan semasa kecemasan. Juga, ia adalah satu bentuk hiburan atau juga hobi masa lapang.

Parkour merupakan satu aktiviti fizikal, dimana ia sukar untuk dikategorikan. Ia bukan satu sukan yang ekstrim, tetapi merupakan satu latihan atau pegerakan yang ada sedikit pertahanan diri. Mengikut kepada David Belle, aspek fizikal parkour ialah untuk melepasi halangan yang berada dilaluan semasa kecemasan. Sekiranya anda mahu bergerak dengan pelbagai cara, dengan sebarang gerakan, ia akan membantu anda keuntungan yang paling asas untuk seseorang/sesuatu sekiranya ia mahu melarikan diri dari ia, atau mengejar kepada ia. Jadi, bila berhadapan dengan sesorang, salah seorang akan bercakap, berlawan atau melarikan diri. Seperti seni pertahanan, parkour merupakan satu bentuk latihan untuk terbang. Disebabkan ia sukar untuk dikategorikan, ia selalunya disebut “parkour ialah parkour”.

Terdapat beberapa pergerakan yang dikenalpasti dahulu dalam parkour darigimnastik, dimana ia tidak mempunyai senarai pergerakan yang elok. Setiap halangan yang dihadapi oleh traceur menunjukkan satu cabaran yang unik, bagaimana mereka untuk menyelesaikannya secara efisen, ini bergantung jenis tubuh badan mereka, kepantasan, dan kedudukan pendekatan/kemasukan, dan struktur fizikal badan dari halangan, dan sebagainya. Parkour ada hubungkait latihan untuk bertindakbalas kepada setiap halangan mengikut kesesuaian dengan teknik yang berkesan. Kerapnya, teknik tersebut tidak boleh dan tidak perlu dikumpulankan dan diberi satu nama. Dalam banyak kes-kes teknik parkour yang efisen, ia bergantung kepada berat badan dan penggunaan dari momentum kepada kepantasan pergerakan badan yang tampak susah dan sukar. Penggunaan tenaga dalam menyerapkannya untuk melakukan pergerakan seperti gulingan badan bila mendarat, dimana ia mengurangkan kesan tenaga pada kaki dan tulang belakang, dengan membenarkan seorang traceur melompat dari tempat yang tinggi berbanding dari tempat yang dikatakan rasional untuk akrobatik dan gimnastik.

Mengikut David Belle,sekiranya mahu untuk bergerak dalam pergerakan yang membantu untuk mendapat asas seperti ia mahu untuk melepaskan diri atau mengejar sesuatu. Juga, kemana juga pergi, pastinya ia boleh mendapatkan ianya balik, sekiranya dari A ke B, ia perlu boleh balik dari B ke A, tetapi ia tidak semestinya dengan pegerakan yang sama atau passements.

Bagaimanapun, banyak teknik asas yang penting untuk amatur/novis pada keserba-bolehan dan kebolehan mereka. Teknik yang paling penting adalah melompat dan mendarat. Gulingan juga ditekan sebagai asas penting perlu dipelajari dalam menghadkan kesan selepas lompat dan membawa satu momentum kehadapan. Banyak traceurs menghadapi masalah sendi apabila melakukan kesalahan lompatan dan gulingan yang tidak betul.

By: wikipedia.org

30/01/2008 - Posted by | Like Sport, Parkour | ,

Belum ada komentar.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: